Monday 31 August 2009

NEGARA MALAYSIA; Kini berusia 52 tahun, semakin tua semakin lemah?



  1. Sempena Hari Kebangsaan, secara rasminya anda bakal menatapi satu -satunya halaman 'blog' saya yang ditulis dalam bahasa nasional negara kita, Bahasa Malaysia.

  2. Ya, sekiranya anda terasa stail penulisan saya sangat merupai stail penulisan seorang tokoh yang terkenal, anda tidak silap, beliau adalah YAB Dato' Seri, Tun Mahathir. Beliau sememangnya pemimpin negara kita yang paling saya sanjungi.

  3. Bangsa kita telah mencapai dan menikmati kemerdekaan selama 52 tahun di mana ia menunjukkan bahawa negara kita sudah kini, berumur lebih daripada 5 dekad.

  4. Kian cepat masa berlalu, namun adakah negara kita menuju ke arah yang lebih gemilang, adakah objektif-objektif atau misi-misi negara telah dicapai, sebilangannya,kalau bukan keseluruhannya?

  5. Hampa, satu-satunya perkataan yang saya dapat luahkan buat masa sekarang berkenaan soalan-soalan yang saya kemukakan di atas.

  6. Perdana Menteri kita, Najib mengemukakan ideanya, 1Malaysia. Secara luaran, tidak dapat dinafikan memang mengagumkan dan menyenangkan semua rakyat terutamanya mereka yang terdiri daripada orang-orang bukan bumiputera, termasuk saya.

  7. Walau bagaimanapun, sekiranya anda seorang yang mengamalkan tabiat membaca dan mengikut berita harian@ surat khabar( atau melayari internet), anda tentu tahu plot plot 'menarik' yang berlaku di negara kita, kebelakangan ini. Menghampakan dan memalukan.

  8. Malah, sebelum menceburi bidang pembelajaran perundangan, saya sudah sedar, sebagai seorang remaja, bahawa negara kita masih belum stabil dan kekurangan dari segi aspek 'perpaduan'. Isu-isu ketidakadilan menjadi-jadi di peringkat sekolah, pekerjaan, bidang politik, dan di mana mana sahaja.

  9. Perpaduan? Apa maksudnya perpaduan? Menurut Kamus Dewan, perpaduan ialah istilah yang bermaksud:

bergantung, bersatu, bercampur untuk menjadi satu, kukuh dan utuh, bermuafakat, berunding dengan bersungguh-sungguh.


Maksudnya sahaja sudah mencukupi untuk menerangkan kepada kita bahawa untuk menjadi kuat dan kukuh, tiada cara lain melainkan melalui perpaduan.


10. Warna biru bendera negara Malaysia difahamkan menjadi simbol perpaduan, tetapi, adakah ianya benar-benar muncul di kalangan rakyat kita?


11. Ketika menulis halaman ini saya berasa pelik sedikit, kerana teramat ingin menyatakan 'WTF' atau 'Fuck' seperti halaman Inggeris biasa yang saya tulis tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk menterjemahkannya ke bahasa Malaysia -_______________-!


12. Tujuan halaman ini cuma satu, saya berasa amat kecewa dengan keadaan negara kita sekarang, tak kira dari segi sosial, ekonomi, POLITIK, saya berasa amat amat amat kecewa.


13. Dengan dukacitanya, saya ingin mengakhiri penulisan saya ini dengan mengukir kata-kata hati dan pelan masa hadapan saya di halaman ini:


SAYA SANGAT FREAKINGLY MAHU MENINGGALKAN NEGARA INI KERANA TIDAK SENANG HATI DENGAN CARA-CARA IA DIKENDALIKANbe it politically,economically...there's no fair game existing here.maiku


Walau bagaimanapun, Selamat hari jadi. Malaysia. Semoga anda menjadi sebuah negara yang lebih 'kaya' dengan perpaduan. Ia mesti bermula dengan EQUALITY.someone tell me how to explain equality in Malay.fcuk k,just put it simply, KEADILAN di antara semua kaum.



NOTE: I seriously cannot write a post in Malay. It freaks the hell out of me.wtf


6 comments:

allen said...

amazing! >.< but i think i nid a translator to read it.

CY said...

different with u...i hate Dr.M a lot...

Anonymous said...

ur malay is so good..im impressed

Anonymous said...

anyway, i believe once u leave ur own country, u will realized how much u actually miss/love it, and i wont be surprise if u wan to come back one day

Eve said...

|allen| you malay is not thaaaaat bad okayy?@_@!

|cy| hmmm i understand but so far he is the best, among our PMs.

|anonymous|yeah I will certainly come back here for my relatives and friends occasionally.

yanmaneee said...

curry 6
hermes online
nike air max 2017
yeezys
jordan 13
curry 5 shoes
vans shoes
hermes birkin
stephen curry shoes
birkin bag